A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Pengorbanan Dalam Menuju Ketakwaan

  • Antara ibadah yang begitu sinonim dengan Hari Raya Aidiladha selain ibadah Haji adalah ibadah korban. Melaluinya kita sering diingatkan akan kisah di mana Allah s.w.t memerintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya yang tersayang, Nabi Ismail a.s.

     

     

  • Pengorbanan di sisi Allah s.w.t. bukanlah banyaknya perbelanjaan yang dikeluarkan dari harta. Pengorbanan di sisi Allah s.w.t. adalah keikhlasan hati dan ketakwaan kita dalam mengerjakan ibadah kepadaNya.

     

     

  • Sedang kita menghadapi penularan wabak COVID-19, Alhamdulillah masyarakat Islam Singapura bijak mengimbangi antara tuntutan agama dan tanggungjawab sosial. Kita membuat beberapa penyesuaian dalam kehidupan dengan hati dan minda yang terbuka.