Adab Bersuara di Media Sosial

  • Mimbar pada minggu ini ingin mengajak para hadirin untuk merenungkan satu prinsip agama yang begitu penting yang boleh dijadikan sebagai pegangan dalam hidup kita. Prinsip tersebut adalah berbicara dengan sesuatu yang baik serta memanfaatkan manusia sekelilingnya.

  • Seseorang Mukmin perlu memastikan bahawa setiap kata-kata yang diungkapkan perlu memberi kesan yang positif dan membina dalam kehidupan seseorang. Dan bukanlah untuk menyakiti ataupun memalukannya.