Menjaga Maslahat Orang Tua Dalam Kehidupan Berkeluarga

  • Islam menegaskan betapa pentingnya tanggungjawab seorang anak untuk menjaga kemaslahatan orang tuanya. Sebagaimana kedua ibu ayah telah penat lelah membesarkan anaknya, maka tanggungjawab anak adalah untuk berlaku baik dan ihsan terhadap kedua orang tua.

  • Begitu tinggi sekali nilai kedua ibu ayah di sisi tuhan. Oleh itu agama ini telah menetapkan beberapa garispandu yang jelas bagi anak-anak, untuk memastikan bahawa hak kedua ibu ayah kekal terpelihara.

  • Kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar melindungi kedua orang tua kita daripada segala kemudaratan. Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita insan yang sentiasa berjasa kepada kedua orang tua.