Adab Menziarahi Saudara

  • Kebiasaannya pada bulan Syawal. Kita akan ziarah menziarahi antara satu dengan yang lain. Tradisi yang baik ini mempunyai kepentingan dan kelebihan dari pelbagai aspek. Sama ada kepada individu, begitu juga memberi kesan yang positif pada kehidupan sosial. Bahkan tradisi ziarah menziarahi saudara kita menjadi sebab untuk kita meraih keredaan Allah (s.w.t).
  • Ayat 27 dalam Surah An-Nur memberi suatu panduan yang begitu berharga dalam menziarahi saudara kita. Meskipun ayat ini memerintahkan kita untuk meminta izin terlebih dahulu sebelum menziarahi saudara kita. Namun, saya ingin mengajak saudara sekalian untuk perhatikan lafaz yang digunakan dalam ayat ini.  Lafaz “Al-Uns” yang digunakan dalam ayat ini membawa erti apabila tuan rumah itu berasa senang hati dengan kedatangan tetamu. Allah (s.w.t) melarang kita daripada menziarahi saudara kita ketika beliau merasa kurang senang akan kehadiran tetamu di sisinya.