Sikap Kebertanggungjawapan Dalam Pertuturan

  • Ayat 18 dalam Surah Qaf pada hemat saya, menyemai dalam diri setiap individu itu, untuk bertanggungjawab terhadap segala lafaz yang diungkapkan. Bayangkan saudaraku, segala yang kita lafazkan, akan sentiasa dicatit oleh para malaikat. Kemudian esok, bakal menjadi hujjah ke atas kita di Akhirat kelak.
  • Dengan perkembangan teknologi maklumat di zaman ini, ia membuka ruang serta peluang bagi setiap individu untuk mendapatkan maklumat dengan begitu mudah. Segala informasi, pendapat termasuk juga maklumat berkaitan kehidupan peribadi individu boleh dikongsikan. Ia memberi kebebasan kepada seseorang untuk meluahkan pendapatnya tanpa batas.
  • Fikirkanlah terlebih dahulu kesahihan serta kesan pendapat kita sebelum bertutur. Ingatlah bahawa kata-kata kita mempunyai kuasa dan kesan untuk mempengaruhi orang lain. Oleh itu saudaraku, kita harus peka dan teliti dengan kata-kata yang kita lontarkan supaya kita tidak dipersoalkan di hari Akhirat nanti.