Khutbah Aidilfitri: Mencari Kemenangan yang Berkekalan

  • Pagi Syawal ini, kita dapat berkumpul dengan penuh kesyukuran dan keinsafan - setelah kekhuatiran satu ketika dahulu diganti hari ini dengan ketenangan, kesunyian diganti dengan kemeriahan, perpisahan dan kerenggangan diganti dengan keeratan dan kesatuan.

  • Oleh itu, lahirkanlah rasa kesyukuran yang ikhlas dengan memperkukuh ketakwaan kita. Teruskanlah segala amal kebaikan, patuhilah perintah Allah (s.w.t.), dan jauhilah segala larangan-Nya.
  • Dalam suasana meriah beraya, marilah kita terus menjaga keselamatan diri serta masyarakat.