Muslim yang Melestarikan Perdamaian

  • Setentunya kedamaian pada hari akhirat menjadi sasaran utama kita. Maka sewajarnya kita berusaha melestarikan kedamaian sepanjang hayat kita di dunia ini. Perhatikan saudaraku, kita ini menjadi sumber kebaikan dan kedamaian, dan bukannya sumber keburukan. Kerana kehidupan ini, bukanlah untuk mencapai kedamaian dan keamanan buat diri sendiri sahaja, tanpa menghiraukan keadaan masyarakat di luar sana.

  • Seorang Mukmin itu perlu menjadi ejen dan duta kedamaian di dalam kehidupannya bersama dirinya, keluarga, teman dan masyarakat. Beliau menyambut temannya dengan damai, mendamaikan tali persaudaraan dan sering memohon kepada Tuhannya kedamaian serta kesejahteraan hidup. Beliau berusaha untuk menyebarkan kedamaian pada mereka yang berada disekitarnya.