Meraih Keberkatan Masa dan Usia

  • Hidup dan mati merupakan ketentuan dan rahsia Allah. Tiada siapa yang mampu mengetahuinya. Tidak seperti susunan kelahiran, ada abang, kakak, adik dan seterusnya. Kematian, tidak mempunyai susunan sedemikian. Yang tua, tidak semestinya pergi lebih dahulu. Yang muda, tidak semestinya akan lebih panjang usianya.  Jika ajal dan kematian sampai, maka tiada sesiapa yang mampu menahan kematian kita. 

  • Maka, cuba kita tanyakan diri kita, apakah persediaan yang telah kita lakukan bagi memastikan selepas kita mati nanti, pahala kita masih berterusan. Dalam hal ini, Khutbah akan cuba berkongsi beberapa panduan yang dapat kita mulakan dan lakukan.