A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Allah Bersama Mereka Yang Bertakwa

  • Setiap minggu, khutbah akan sentiasa mengingatkan kita untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Ini kerana dengan nilai ketakwaan ini, kita akan meraih tempat yang dekat di sisi Tuhan serta mendapatkan perlindungan dan rahmat-Nya.

     

     

  • Takwa dalam bahasa Arab, datang dari perkataan waqaya yang bermaksud ‘memelihara’. Secara dasarnya takwa seseorang itu mampu untuk memelihara dirinya daripada melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada dirinya secara rohani mahupun jasmani.

     

     

  • Seorang yang bertakwa juga turut menyedari bahawa ketakwaan merupakan satu kompas kebaikan yang membawa dirinya untuk sentiasa menyumbang kebaikan kepada masyarakat dan juga insan sekelilingnya. Dan apabila seseorang yang bertakwa itu diuji, beliau tetap mengekalkan kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan bahawa di sebalik setiap ujian, pasti adanya huraian dan kebaikan darinya.