Membentuk Keluarga Yang Mendambakan Syurga

  • Salah satu perkara yang paling dasar yang amat perlu kita usahakan ialah membangunkan ilmu dan pemahaman agama keluarga kita.  Hanya dengan ilmu, mereka akan dapat dibekalkan dengan keimanan untuk mentauhidkan Allah.  Hanya dengan ilmu, mereka dapat melaksanakan ibadat sepertimana yang dituntut Allah.  Dan dengan pemahaman agama yang benar, mereka akan terpandu untuk meneruskan kehidupan sebagai Muslim yang diredhai, dan selamat daripada apapun bentuk kekeliruan dan kejahilan dalam beragama.

  • Kerana tanpa penghayatan ilmu, iman dan amal, ditakuti disebabkan kekosongan jiwa seseorang, dirinya akan mudah terkesan dengan pelbagai ajaran yang diragui sumbernya, seperti ajaran sesat dan yang menyeleweng. Ajaran mempromosikan jalan pintas menuju Allah s.w.t.