Keperibadian Rasulullah s.a.w. Dalam Kemarahan

  • Kesabaran dalam kemarahan adalah apabila kita dapat mengawal emosi, dan berusaha untuk berbicara dengan kata- kata yang baik kepada mereka yang telah menyakiti kita.

     

  • Inilah ciri-ciri seorang Mukmin dalam kemarahan. Beliau akan menonjolkan tutur cara yang penuh dengan kasih sayang dan hormat. Pada masa yang sama, bersifat ihsan dan tetap memaafkan mereka.

     

  • Ketahuilah saudaraku, bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah membalas keburukan yang timpa ke atas dirinya dengan keburukan yang sama.