Kasih Sayang Rasulullah s.a.w. dan Prinsip Persaudaraan

  • Kelahiran Baginda s.a.w. membawa seribu satu rahmat buat sekalian makhluk dan alam. Baginda s.a.w. telah meninggalkan untuk kita risalah yang kekal abadi, harum semerbak sesuai untuk setiap zaman dan tempat. Rasulullah s.a.w. sangat mengasihani dan menyayangi umatnya, ia tidak dapat dinilai dengan harta dan tahta. Malahan kasih sayang Baginda s.a.w. berkekalan sepanjang zaman.
  • Dalam dunia kini yang tidak menentu keadaannya, pada diri Baginda s.a.w. terdapat petunjuk yang sebaik-baiknya untuk diikuti, agar kita menjadi orang-orang mukmin yang beristiqamah menyebarkan kasih sayang dan amal-amal soleh yang mencorak kehidupan yang lebih makmur dan sejahtera. Dengan berbuat demikian diharapkan kita mendapat belas kasihan serta kecintaan daripada Rasulullah s.a.w.