Sifat Mazmumah Yang Perlu Dibersihkan Hasad

  • Perasan hasad, dengki dan irihati hanya akan melahirkan rasa kurang senang dengan nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan ke atas orang lain. Perasaanya akan sering terganggu, sering befikiran negatif dan sering bersangka buruk. Maka tiada kemanfataan disebalik perasaan hasad dan dengki itu.
  • Merupakan lumrah setiap insan untuk menginginkan kebaikkan bagi dirinya dan ahli keluarganya. Kita ingin mengecapi kesenangan sebagaimana kita menyaksikan kesenangan yang dinikmati insan lain. Islam mengiktirafi lumrah insani tersebut. Di waktu yang sama, Islam juga mengajar kita bagaimana seharusnya kita menanggani perasaan hasad dan dengki, serta menghalakannya ke arah yang lebih positif serta membina.
  • Sifat syukur memelihara hati kita daripada perasaan hasad tatkala melihat saudara ataupun rakan kita memperolehi kesenangan. Ini adalah kerana sifat syukur memberikan kita kesedaran bahawasanya segala urusan duniawi sebenarnya tertakluk kepada kehendak Allah s.w.t..