Hubungan Sesama Insan

  • kita berada pada permulaan awal bulan Zulhijjah. Maka marilah kita meraih peluang sepuluh hari yang diberkati ini, untuk menambahkan amal soleh. Serta mendekatkan diri kita kepada Allah (s.w.t.)

  • Seorang Muslim, dalam interaksinya sesama manusia, sentiasa menyebar kebaikan kepada sesiapa sahaja tanpa melihat kepada warna kulit, bangsa, agama dan latar belakang.
  • Masing-masing tunduk patuh dalam keadaan merendah diri kepada Allah (s.w.t) kerana mereka sedar bahawa pangkat dan kedudukan tidak menjadi ukuran di sisi Allah (s.w.t).