Mengikuti Jejak Langkah Nabi Mengukuhkan Hubungan dengan Allah

  • Dunia hari ini berhadapan dengan cabaran, pergolakan dan krisis kemanusiaan. Kita perlu memperbanyakkan berdoa dan bermohon kepada Allah (s.w.t.) untuk diri kita dan juga saudara-saudara kita yang sedang berhadapan dengan pelbagai ujian getir.
  • Setiap dari kita pastinya terkesan dengan perkembangan yang kita saksikan berlaku di dunia hari ini. Situasi buruk yang melanda saudara-saudara kita, di mana sahaja mereka berada.
  • Ayuh, kita bersama mengorak langkah untuk menyebarkan salam dan keamanan, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, dan mendirikan solat di waktu malam, serta mendoakan buat kesejahteraan dan keamanan dunia. Kita panjatkan doa dengan penuh keyakinan bahawa doa kita akan dikabulkan Allah (s.w.t.).