A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Islam dan Kehidupan: Agama dan Pertimbangan Realiti Kehidupan

  • Pemahaman agama yang tepat, tidak akan sekali-kali terpisah daripada realiti kehidupan kita seharian. Itulah hakikatnya. Pemahaman inilah yang diterapkan oleh para ulama ketika mereka menulis lembaran-lembaran kitab-kitab mereka. Mereka tidak hanya merakamkan ilmu, tetapi juga berusaha untuk membentangkan huraian bagi permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pada zaman mereka. Khazanah ilmu mereka sentiasa meraikan konteks dan realiti tertentu.

     

     

  • Hal ini penting untuk saya tegaskan. Kerana apabila seseorang itu gagal menghubungkaitkan antara tuntutan agama dengan realiti kehidupan; ia hanya akan menghasilkan kekeliruan. Akhirnya penghayatan agama tidak dapat terlaksana dengan tepat, apabila sesuatu hukum diterapkan tanpa memahami keadaan manusia serta realiti kehidupan. Ia hanya akan membawa kepada kerosakan dan kesesatan, kerana itu bukan jalan yang ditonton oleh para ‘Anbiya dan bukan daripada sifat Syariat kita.

     

     

  • Lihat sahaja cara kita berdiri sekarang di dalam saf-saf solat jamaah kita, serta jarak selamat yang masih kita laksanakan di masjid-masjid dan sebagainya. Segalanya membuktikan bahawa penyesuaian masih diperlukan. Bahkan, penyesuaian yang dilakukan didasari oleh tradisi keilmuan Islam, dengan merujuk kepada prinsip-prinsip umum agama dan menjadikan hasil kajian para ulama terdahulu sebagai sandaran dan perbendaharaan panduan.