Menghayati Maksud Zikrullah

  • Khutbah hari ini mengajak kita untuk menghayati maksud zikrullah (iaitu mengingati Allah s.w.t), dengan harapan agar kita dapat menghayati dengan lebih mendalam konsep yang begitu penting sekali di dalam agama ini.
  • Zikrullah melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam diri seseorang. Dan betapa kita ini memerlukan kepada ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan kita, khususnya pada zaman ini, dengan kesibukan hidup di negara moden seperti Singapura, sering kali kita mendengarkan keluhan sebahagian individu tentang tuntutan dan tekanan urusan dunia
  • Konsep zikrullah menjangkau makna yang lebih besar daripada sekadar membasahi lidah dengan lafaz zikir dan doa. Ia merupakan sebuah konsep menyeluruh yang mencorak kehidupan dan peribadi seorang Muslim.