Memerhatikan Kesihatan Tubuh Sebagai Persiapan Ramadan

  • Kurang dari seminggu kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadan. Bulan yang digelar penghulu segala bulan, di mana setiap daripada kita dituntut untuk mendirikan ibadah puasa dan melahirkan rasa syukur ke atas segala nikmat dan kurniaan Allah s.w.t.  Setiap insan berpeluang untuk meraih ganjaran pahala pada bulan yang mulia ini. Masing-masing mendapatkan bahagian berdasarkan usaha dan persiapan yang dilakukan.

  • Bulan Ramadan adalah ibarat tetamu mulia yang datang bertandang hanya setahun sekali.  Alangkah baiknya jika setiap daripada kita berusaha untuk mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangannya.