Sabar dan Tabah dalam Menghadapi Ujian

  • Nabi Ayyub merupakan salah seorang Nabi yang telah dikurniakan Allah dengan kekayaan dan kemewahan. Namun kekayaan tersebut tidak pernah menjadikannya sombong. Bahkan beliau menggunakan kekayaannya untuk membantu orang lain dan bersyukur kepada Allah dengan sentiasa berzikir kepada-Nya.
  • Pada suatu hari Allah telah mengujinya dengan menarik balik kekayaannya, anak-anaknya meninggal dan beliau pula ditimpa sakit yang berpanjangan. Namun Nabi Ayyub (a.s.) tidak pernah menyalahkan Tuhan, beliau menghadapinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
  • Lihatlah reaksi yang ditunjukkan oleh Nabi Ayyub (a.s.) apabila berdepan dengan ujian. Beliau sesekali tidak menyalahkan Tuhan di atas apa yang telah berlaku pada dirinya. Tetapi beliau bersabar dan bertabah di atas ujian tersebut.