Nilai Keihsanan Dalam Kehidupan Seorang Muslim

  • Ihsan juga boleh membawa erti – melakukan sesuatu perkara atau amalan dengan cemerlang. Ihsan bukan hanya dizahirkan melalui ibadah ritual, bahkan ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan menyebarkan kebaikan kepada seluruh ciptaan Allah, termasuk haiwan, alam sekitar, dan manusia seluruhnya. Ia adalah suatu nilai yang menyeluruh yang dapat memberi kesan kepada seluruh aspek kehidupan kita.
  • Keihsanan adalah dengan cara menghulurkan sumbangan kepada Tabung RLAF bagi Bantuan Kemanusiaan di Gaza. Sumbangan boleh dihulurkan secara dalam talian melalui lelaman sesawang RLAF. Tarikh tutup untuk kita menyumbang adalah pada hari ini, sebelum tengah malam. Sama-samalah kita memanfaatkan peluang untuk menghulurkan sumbangan derma semampunya bagi tabung bantuan kemanusiaan ini.