A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Menyokong Kebajikan Keluarga

  • Kedua ibu bapa kita telah diletakkan sebagai golongan yang perlu kita berikan tumpuan dan perhatian. Ini terutama sekali apabila mereka sudah menjangkau usia yang lanjut. Inilah masa yang perlu untuk kita tingkatkan sifat rahmah serta kasih sayang kepada mereka melalui khidmat serta penjagaan yang diperlukan.

     

     

  • Menjaga emosi serta perasaan ini menjadi lebih penting, lebihlebih lagi bagi mereka yang menjaga kedua ibu bapanya yang sudah uzur.

     

     

  • Tugas menyantuni serta berbakti kepada orang tua adalah tugas yang perlu dipikul oleh semua anak serta keluarga. Ia perlu dikongsi melalui muafakat di antara adik-beradik. Usaha ini perlu diambil dengan kerelaan hati dan dianggap sebagai suatu ibadah sepertimana kita menunaikan ibadah-ibadah yang lain. Malah ganjaran yang bakal dikurniakan juga adalah sangat besar.