Islam Melestari Keamanan

  • Ramadan baru sahaja meninggalkan kita. Semoga ia meninggalkan kita dengan kesan yang baik lagi positif. Puasa dan amal kebajikan sepanjang Ramadan mendidik hati dan jiwa kita menjadi hamba Allah yang penuh dengan rahmah dan kebaikan.
  • Kita kini telah pun masuk pada bulan Syawal. Bulan ziarah-menziarahi, bulan bermaafan, dan bulan mengukuhkan lagi kasih sayang sesama kita. Bulan Syawal menguatkan lagi jiwa yang telah disirami kesejukan suasana Ramadan. Dengan hati dan jiwa yang tenang, kita bergembira melihat keluarga dan teman. Kita suka untuk memaafkan. Kita pula tidak merasa angkuh untuk meminta dimaafkan.
  • Sifat-sifat mulia ini sukar dimiliki dengan sempurnya melainkan dari hati yang tenang dan aman. Hati yang tenang bersama TuhanNya. Hati yang bersyukur di atas nikmat, dan bersabar di atas dugaan. Hati yang tenang dan aman bersama manusia. Hati yang berterima kasih di atas kebaikan orang, dan bersabar serta mudah memaafkan.