A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Pengorbanan Kunci Kejayaan

  • Kita semua mengetahui peritnya pengorbanan. Bukan mudah untuk mendahulukan orang lain. Jika melepaskan keinginan dan keselesaan sahaja sudah amat sukar, bayangkan betapa susahnya untuk mengorbankan keperluan kita demi membantu dan membahagiakan orang lain. Namun, itulah jalan yang menuju kepada kejayaan.

     

     

  • Sikap ini sangat dititikberatkan agama Islam. Ia tidak hanya memberi fokus kepada kejayaan ataupun kebahagian seseorang individu sahaja. Bahkan ia mengajar kita untuk mengajak orang lain juga untuk berjaya bersama. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan bermasyarakat, khusus dalam masa-masa yang mencabar. Ramai yang berkeperluan, yang memerlukan bantuan, nasihat, kemahiran dan sebagainya.

     

     

  • Begitulah peringatan buat kita bahawa kejayaan insan lain juga bermaksud kejayaan kita. Dan ia memerlukan kepada usaha dan pengorbanan. Kerana kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja tanpa kita berusaha dengan sungguh-sungguh menuju ke tujuan tersebut.