Memperbaiki Keseluruhan Jati Diri Melalui Ibadah Doa

  • Sempena kita menyambut bulan Muharram yang mulia dengan memperbanyakan amal ibadah, saya rasa ia merupakan masa yang sesuai untuk kita melakukan muhasabah diri, serta refleksi akan amal ibadah kita. Kerana setiap daripada kita pasti mempunyai hasrat untuk memperbaiki diri kita, baik dari sudut keagamaan, akhlak, ilmu dan juga kesihatan. Sememangnya ia merupakan usaha yang amat dianjurkan Islam.

  • Kita telah diajar oleh agama ini untuk sentiasa memperbaiki diri dengan segala kemampuan dan kekuatan yang kita miliki. Ini adalah kerana setiap langkah yang dilakukan untuk memperbaiki diri kita merupakan amal soleh yang membawa ganjaran dan keredhaan Allah. Disertakan kemudian dengan doa kepada Allah s.w.t. yang mana ia merupakan antara perkara terpenting disebalik usaha untuk memperbaiki diri ini.