Rasulullah s.a.w. Pembawa Harapan

  • Rasulullah s.a.w. diutus sebagai pembawa harapan kepada sekalian alam, sekiranya kita meneliti hadith-hadith Rasulullah s.a.w. kita akan melihat bahawa Baginda s.a.w. sentiasa berusaha untuk memberi sokongan dan harapan kepada insan.
  • Ia jelas terpancar melalui akhlak dan peribadi baginda. Sama ada pada hubungannya dengan kawan mahupun dengan mereka yang memusuhi baginda. Baginda s.a.w. sentiasa tidak akan menghukum seorang terlebih dahulu. Bahkan beliau memilih untuk memberinya harapan serta peluang untuk memperbaiki dirinya.