Garispandu Islam Dalam Mendidik Anak

  • Di antara nikmat kurniaan Allah s.w.t. kepada kita adalah nikmat hidup berumah tangga dan kemudiannya dikurniakan dengan anak-anak kesayangan. Anak-anak adalah nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang cukup besar bagi pasangan yang bergelar suami dan isteri. Setiap nikmat yang dianugerahkan kepada kita, pasti terdapat ujian disampingnya. Begitulah juga dengan nikmat kurniaan anak.

  • Terdapat sebuah kisah di dalam al-Quran. Kisah yang kita sering baca dan dengar. Ia berkaitan Nabi Musa a.s. dan seorang hamba Allah, yang menurut ulama tafsir adalah Nabi Khidir a.s.. Melalui kisah tersebut Allah s.w.t. memberi pengajaran penting kepada setiap mereka yang bergelar ibu dan ayah, sebagai usaha mereka bagi kesejahteraan anak-anak.