Fatwa: Cerminan Dinamik Hukum dan Konteks

Khutbah hari ini telah menggariskan beberapa prinsip yang perlu diperhatikan di dalam penggubalan fatwa.

Pertama: Fatwa dan panduan agama tidak terbatas kepada tukilan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi s.a.w. serta pendapat para ulama silam sahaja.

Kedua: Fatwa perlu meraikan keadaan dan realiti kehidupan.

Ketiga: Fatwa yang baik dan berkesan perlu menggabungkan pandangan pakar yang mahir dalam bidang-bidang yang bersangkutan dengan perkara yang dibahaskan.