Zuriat: Antara Amanah dan Kesyukuran

Anak adalah anugerah Allah. Anugerah yang cukup istimewa ini juga merupakan suatu amanah.

Anak-anak memerlukan suasana positif dalam sesebuah keluarga, suasana yang disaluti dengan rasa kasih dan sayang serta perlindungan yang sebaiknya bagi mereka.

Anak-anak perlu diberikan panduan yang berterusan. Ia merupakan ikhtiar kita untuk memastikan agar anak-anak dijauhi daripada kefahaman dan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t.