Komunikasi Penting Bagi Membina Keluarga Yang Berjaya

  • Komunikasi merupakan salah satu unsur penting dalam memperkukuh institusi keluarga.  Ia tidak terhad kepada perbualan sahaja, bahkan ia juga berlaku dengan memerhatikan perilaku serta gerak geri.

  • Seorang ayah yang meluangkan masa untuk berbual dengan anaknya, untuk mendengar dengan teliti serta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anaknya, sudah pasti akan mendapat kasih-sayang serta kepercayaan. Ia sekaligus memberikan keyakinan serta keutuhan pada perhubungan antara ayah dengan si anak.