A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Ketenangan Jiwa: Kurniaan Tuhan

  • Ketika seorang yang beriman diuji dengan cabaran, dia akan kekal tenang, dengan penuh kesabaran dan keyakinan kepada Tuhan. Kerana setiap ujian adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, serta meraih kejayaan di akhirat kelak. Dia tidak akan merungut atau mengeluh apabila diuji. Dia sama sekali tidak akan menyalahkan ketentuan Tuhan ke atas dirinya.

     

     

  • Kita mengambil iktibar daripada kehidupan para anbiya’. Mereka merupakan golongan manusia yang paling hebat diuji oleh Allah. Kisah-kisah mereka yang diulang-ulang di dalam al- Quran sebagai pengajaran untuk kita. Bacalah dan renungilah ayat-ayat yang membawa kisah-kisah mereka. Ia sebenarnya memaparkan pelbagai ujian Allah kepada manusia, dan cara penyelesaiannya.

     

     

  • Segala kisah-kisah tersebut mengajarkan kita kepentingan untuk berfikiran positif berhadapan dengan ujian kehidupan. Ujian kehidupan tidak seharusnya melemahkan insan. Bahkan ia memberi kekuatan untuk berusaha secara berterusan, kerana Allah menjanjikan ganjaran buat mereka yang berusaha serta bersabar.