A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Meraih Cinta Allah Melalui Ciptaan-Nya

  • Bulan Ramadan adalah bulan di mana ganjaran kebaikan dilipat gandakan. Kita diseru untuk melakukan apa jua kebaikan dan amalan-amalan soleh, sekecil mana sekalipun. Bukan hanya dalam hubungan kita dengan Allah, tetapi hubungan kita sesama hamba-hamba dan makhluk Allah.

     

     

  • Rebutlah masa-masa yang tinggal ini mencari cinta Allah dengan mengeratkan hubungan kita dengan Allah dan mengerjakan kebaikan kepada makhluk Allah. Inilah maksud kita meraih cinta Allah melalui ciptaan-Nya. Biar ini semua menjadi bekalan kita dalam kita mengharungi kehidupan selepas Ramadan dan seterusnya; kehidupan yang baik (hayātan tayyibatan) dan bermakna; serta memberi kekuatan kerohanian kepada kita.

     

     

  • Di samping kita memenuhi hari-hari penghujung Ramadan dengan amal ibadah dan dalam kita bersiap sedia untuk menyambut bulan Syawal, ingatlah bahawa situasi COVID-19 masih belum berakhir lagi. Kita akur bahawa kes-kes di kalangan masyarakat mula naik sekali lagi. Ia merupakan peringatan, bahawa kita masih lagi belum selamat daripada wabak ini, selagimana situasinya secara global belum kembali pulih.