Semangat Membantu Antara Satu Dan Yang Lain

  • Setiap dari kita pastinya menginginkan yang terbaik, maka sudah semestinya kita juga perlu berusaha untuk memberikan yang terbaik. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud “Tidak (sempurna) iman seseorang itu sehingga dia sukakan untuk saudaranya apa yang dia sukakan buat dirinya sendiri” (Hadis riwayat Imam Bukhari).

     

     

  • Apabila setiap dari kita berusaha untuk mengamalkan segala panduan dan langkah-langkah pencegahan yang diperlukan, kita sebenarnya bukan sahaja memelihara keselamatan buat diri kita, malahan kita juga dapat mewujudkan suasana tenang dan aman buat semua jemaah yang turut hadir berjemaah di masjid.

     

     

  • Marilah kita sama-sama memberi peluang dan giliran kepada saudara-saudara kita yang lain agar mereka juga dapat melaksanakan solat Jumaat dalam masa terdekat. Mudah- mudahan dengan kita berkongsi nikmat mendapatkan tempat untuk beribadah di masjid, Allah s.w.t. akan meredhai serta mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya buat kita dan keluarga.