Menghargai Proses Penetapan Hukum Islam

  • Sebarang hukum yang diputuskan mestilah merujuk kepada Al-Quran terlebih dahulu, seterusnya sunnah Nabi s.a.w disusuli kemudian dengan penjelasan para ulama dan ijtihad mereka.

  • Proses penetapan hukum tidak semudah merujuk kepada zahir makna ayat dan hadith ataupun hanya dengan membaca terjemahannya sahaja. Akan tetapi ia perlu disertakan juga dengan kemahiran ilmu-ilmu tambahan yang mana dengannya kita memahami ayat-ayat Al-Quran dan teks-teks hadith dengan lebih menyeluruh.
  • Mengambil secara zahir ayat Al-Quran ataupun hadith Nabi s.a.w tanpa penjelasan lanjut dari sudut hikmahnya, sebab penurunannya dan periwayatannya boleh menyebabkan seseorang itu menjurus ke arah kesesatan.