Memerhatikan Sifat Positif

  • Kita memanjatkan sebanyak-banyak kesyukuran kepada Allah s.w.t. yang telah mengurniakan kita masa dan usia untuk menyaksikan kedatangan tahun baru ini. Semoga ketibaan tahun 2018 melahirkan inspirasi pada diri kita untuk terus memperbaiki diri dan agama.

  • Saudaraku yang dikasihi, ambillah peluang pada permulaan tahun baru ini untuk menyemai tekad dan resolusi yang bermanfaat. Apa pun jua tekad yang ingin kita semai pada tahun baru ini, pastinya ia akan melahirkan sikap yang positif di dalam diri kita. Sikap positif ini adalah amat penting kerana ia merupakan pendorong utama yang akan membantu kita sepanjang perjalanan, khususnya apabila kita diuji dengan cabaran dan dugaan yang bakal mendatang. Seorang mukmin yang bersifat positif akan sentiasa berusaha untuk melihat kepada kebaikan dan hikmah daripada segala yang berlaku.