Teladan dari kisah Uwais al-Qarni: Menghargai Jasa Ibu Dan Ayah

  • Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak tidak ternilai. Pada saat terlahirnya anak, mulalah pengorbanan kedua orang tua demi membesarkan, mendidik dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka tanpa henti. 

  • Peranan kita sebagai anak-anak bukanlah sekadar menerima sahaja tanpa perlu membalas jasa mereka. Lebih-lebih lagi, apabila ibu serta ayah kita sudah lanjut usia. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai anak-anak untuk menghargai jasa orang tua dan cuba untuk membalasnya sedaya mungkin.