Semangat Kekitaan Dalam Diri Seorang Mukmin

  • Kejayaan dan kecemerlangan itu tidak datang dengan sendirinya. Para Nabi, Rasul dan generasi seterusnya telah meninggalkan beberapa asas yang kukuh untuk manusia memanfaatkan potensi mereka yang berbeza, dan saling monyokong antara satu sama lain.

     

     

  • Semangat kekitaan dengan saling bekerjasama dapat memberi banyak kesan kebaikan dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh kejayaan anak-anak kita dalam pembelajaran mereka dapat dicapai dan dipertingkatkan dengan adanya sokongan dan kerjasama oleh pelbagai pihak.

     

     

  • Semangat dan dorongan seperti ini perlu terus diusahakan oleh setiap dari kita. Ia melambangkan kesungguhan kita untuk melakukan kebaikan secara bersama untuk kemanfaatan kita semua.