Mengikuti Jejak Langkah Nabi: Menjaga Kesejahteraan dan Keamanan

  • Kita tentunya ingin memahami dan mencontohi bagaimana Nabi (s.a.w) menguruskan perbezaan dan konflik ini? Apakah pendekatan yang diambil Baginda?
    Jawapannya terletak dalam bahagian pertama Hadis yang disebutkan sebelum ini. Bahagian yang menekankan kepentingan menyebarkan kedamaian. Ia merupakan satu pengajaran penting yang berkait secara langsung dengan cara kita menangani perbezaan sama ada dalam komuniti kita sendiri mahupun dalam menanggap konflik di luar sana.
  • Segala bentuk keganasan dan kezaliman tidak kira siapa pencetusnya, apabila bertembung dengan nilai serta identiti kita, ia bercanggah dengan ajaran serta panduan agama.