Memelihara Kesejahteraan dan kesihatan

  • Apabila seseorang itu dikurniakan Tuhan kesihatan jasmani, semakin mudah untuk dirinya melaksanakan amal ibadah, yang sememangnya memerlukan kepada kekuatan jasmani. 
  • Denga tubuh badan yang sihat, kita akn lebih mudah untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian dan sekaligus menyumbang kepada kemanfaatan buat kita semua. 
  • Contohi Nabi s.a.w, bagaimana Baginda mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanannya. Nabi s.a.w. pernah mengingatkan kita yang bermaksud: "... memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya." - Hadith riwayat at-Tirmizi.