Keberkatan Masa Pengajaran Daripada Nabi s.a.w.

  • Dalam proses kita mencapai objektif dan cita-cita kita, terdapat satu panduan agama yang perlu kita perhatikan, agar insan itu dapat mencapai hasrat dan cita-cita dengan lebih mudah berkaitan dengan mengatur masa dengan lebih bijak.

  • Islam mengingatkan kita akan kepentingan untuk menjaga masa dengan sebaik mungkin, supaya kita tidak tenggelam dalam kerugian. Kerana orang yang beriman itu, bijak mengatur masa dalam kehidupan sehariannya.

  • Sebagai panduan untuk diri kita, Khutbah ingin berkongsi dengan para jemaah semua, beberapa pengajaran utama yang dapat kita raih dari kehidupan Nabi s.a.w., sebagai panduan bagi setiap insan mukmin untuk mengurus masanya.