A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Kesucian Rohani dan Jasmani

  • Ketahuilah, kehidupan kita tidak terlepas daripada 2 perkara – nikmat yang dengannya kita berbahagia dan wajib bersyukur kepada Allah; dan ujian yang dengannya kita bersabar dan mengharapkan balasan baik dari Allah.

     

     

  • Keimanan akan menghasilkan kesabaran. Kesabaran pula menjadikan kita insan yang tenang. Marilah kita terus mensucikan rohani, dan memulihkan hubungan dengan Allah s.w.t. di saat-saat ujian ini dengan memperbanyakkan istighfar, bertaubat dan bermunajat kepadaNya.

     

     

  • Hadapilah ujian dan cabaran dengan penuh hikmah dan bijaksana. Seperti apapun masalah dan ujian, kita di ajar untuk mengambil langkah-langkah yang perlu demi mengatasi ujian tersebut.