A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Kembali Kepada Tuhan

  • Keadaan kita ini yang kelihatan berjauhan daripada Allah (s.w.t.) kadangkala berkaitan dengan gaya kehidupan seharian. Kita mungkin sibuk menguruskan tugas seharian, menjalankan tanggungjawab dan sebagainya. Walaupun sedemikian, jangan sesekali kita ini lalai dalam ibadah kita saudaraku. Jangan sesekali kita mengabaikan hubungan kita dengan Tuhan Pencipta.

     

     

  • Amalkan Sunnah Nabi (s.a.w.) yang mudah dilakukan dalam aktiviti seharian kita. Seperti memulakan setiap urusan dengan bacaan basmalah, mengucapkan istighfar atau zikir di mana saja kita berada, serta melayani keluarga dan teman-teman dengan senyuman dan kata-kata yang baik.

     

     

  • Anugerah Allah (s.w.t.) kepada kita amatlah banyak. Sebutlah Alhamdulillah dengan seikhlasnya seberapa yang mampu. Apabila kita bersyukur kepada Allah atas nikmat sekecil mana pun dan pada masa-masa senang, kita akan mudah mengingati-Nya pada masa-masa susah. Dan pohonlah kepada Allah (s.w.t.) agar menjadikan kita sekeluarga yang sentiasa mengingati-Nya dan beramal soleh.