Menjaga Hak dan Tanggungjawab Antara Keluarga

  • Jumaat ini merupakan jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadan. Setentunya pada masa-masa yang terbaki dari bulan ini, seharusnya kita berusaha dengan lebih gigih lagi, untuk berdoa dan meningkatkan usaha kita untuk memperoleh keampunan dan rahmah illahi.
  • Sepanjang bulan Ramadan ini,  kita bukan sahaja sibuk beramal ibadah, berdoa dan bermunajat, akan tetapi kita juga giat berusaha untuk menyebarkan keihsanan sesama insan. Inilah maksud ketakwaan yang perlu kita capai dan hayati, semakin baik hubungan kita bersama Allah semakin baik juga  hubungan kita sesama manusia.
  • Apabila kita berbincang berkaitan berlaku ihsan sesama insan, perlu untuk ditegaskan disini, bahawa berlaku ihsan kepada orang lain, seharusnya bermula dengan mereka yang terdekat dengan kita, iaitu dengan ahli keluarga kita sendiri.