Khutbah Aidilfitri 1440H - Semangat Ramadan yang Menyatukan Kita

  • Marilah kita terus melahirkan sifat syukur dan taqwa kita kepada Allah s.w.t. di atas nikmat dan anugerahNya, di atas limpah kurniaNya, di atas keceriaan dan keriangan kita pada hari kemenangan.
  • Yakinilah saudara, untuk setiap kebajikan anda tidak kira sekecil  mana pun, Tuhan yang Maha Pemurah telah sediakan ganjaran luar biasa.
  • Ramadan telah pun menjadi pemangkin kepada perubahan yang positif dalam kehidupan kita di semua peringkat; sebagai individu, sebuah keluarga dan satu masyarakat.
  • Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kepada kita kekuatan untuk meneruskan usaha-usaha mulia. Semoga kita dapat terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada kesejahteraan umat, masyarakat dan negara.