Musyawarah-Muafakat Asas Masyarakat Sejahtera

  • Kita sekarang ini berada pada bulan Rabiul Awal yang mulia. Bulan di mana kita menyambut kelahiran baginda Muhammad s.a.w.. Maka sesuai dengan sambutan maulidurrasul, ingin saya mengajak anda semua untuk menghayati suatu pengajaran serta nilai yang penting yang boleh kita raih daripada kepimpinan Saidina Rasul s.a.w.. Nilai dan ciri yang saya maksudkan itu adalah nilai bermusyawarah serta meminta pendapat insan lain.
  • Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabat nilai dan prinsip syura ini. Tiada seorang yang memiliki segala hikmah dan ilmu. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri bermusyawarah dengan orang lain, apatah lagi diri kita ini? Walau sebijak mana sekalipun seseorang itu, gabungan pengalaman, hikmah dan ilmu akan hanya menyepadukan masyarakat, dan mengelakkan kediktatoran pendapat dan keinginan. Ia mengukuhkan masyarakat yang sejahtera dan rasa kebersamaan dalam setiap tindakan yang melihat kepentingan umum, lebih dari hanya kepentingan peribadi.