Meraih Keberkatan Kurniaan Tuhan

  • Bila kita berbincang tentang berbakti dan menyumbang kebaikan, ia tidaklah terbatas dengan sumbangan kewangan semata-mata. Akan tetapi ia juga merangkumi sumbangan tenaga, buah fikiran bahkan segala jenis kebajikan yang bakal membawa kepada kesejahteraan kehidupan insan.
  • Seorang mukmin pastinya akan menitikberatkan sumbangannya bagi kesejahteraan lain, ia merupakan satu petanda hamba yang bersyukur kepada Allah di atas segala kurniaanNya. Kerana apabila beliau menerima nikmat daripada tuhan, dia mengetahui bahawa nikmat tersebut datangnya daripada Allah dan bukannya daripada dirinya sendiri. Maka dia mempergunakan nikmat illahi tersebut kepada arah yang diredhai Allah s.w.t. dan bukannya sebaliknya.