Mencontohi Sifat Baginda (s.a.w): Berserah Kepada Allah (s.w.t)

  • Tawakal mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam dan termasuk amalan yang paling mulia. Bahkan, kesempurnaan iman dan tauhid tidak dapat dikecapi melainkan dengan kesempurnaan tawakal terhadap Allah (s.w.t).

  • Tawakal tidaklah bertentangan dengan usaha dan ikhtiar. Imam al-Ghazali dalam ‘Ihya Ulumuddin menjelaskan, tawakal dalam Islam bukanlah suatu sikap melarikan diri bagi golongan yang tidak ingin berusaha atau gagal usahanya. Akan tetapi tawakal ialah tempat kembalinya segala usaha.