A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Kepentingan Penglibatan Bapa dalam Kehidupan Anak

  • Pada hari ini, khatib ingin mengajak saudara sekalian untuk merenung salah satu peranan yang tidak kurang pentingnya untuk kita hayati dalam kehidupan berkeluarga. Iaitu peranan seorang ayah terhadap anak-anaknya. 
  • Pastinya, sebagai bapa kita perlu menunjukkan kemesraan kepada anak-anak kita semenjak mereka kecil lagi. Ini agar anak-anak kita dapat merasakan keberadaan kita disamping mereka. 
  • Tanggapan bahawa peranan bapa sebagai pencari nafkah sahaja, tidak lagi relevan. Kerana sebenarnya, kedua-dua ibu dan ayah perlu memainkan peranan dalam membentuk peribadi anak-anak.