A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Memberikan Nasihat: Peranan Seorang Muslim

  • Setiap kata-kata atau nasihat yang ingin kita ucapkan itu hendaklah berasaskan kepada tujuan dan niat yang betul. Sesuatu nasihat yang bertujuan untuk merendahkan teman kita, ia adalah sesuatu yang perlu dijauhi. Perhalusi niat kita agar sesuatu kebaikan yang diinginkan itu tidak dicemari dengan sebarang tujuan atau niat yang tidak sewajarnya.

     

     

  • Kata-kata yang ingin diucapkan itu hendaklah bersesuaian dengan diri orang yang bertanya agar jawapan yang diberikan dapat memberi kesan yang baik buat dirinya.

     

     

  • Perubahan itu memerlukan ruang dan masa sebelum hasilnya dapat dicapai. Tiada jalan ringkas untuk mencapai sesuatu kejayaan. Segala teguran perlu disampaikan secara berperingkat-peringkat.