Hikmah di Sebalik Pensyariatan

  • Segala yang diperintahkan agama itu, pasti mengandungi pengajaran dan hikmah di sebaliknya. Kerana syariat Islam yang dibawa oleh Nabi kita, Muhammad s.a.w., bertujuan untuk memelihara kesejahteraan kehidupan manusia di dunia ini. 
  • Ketahuilah, bahawa harta kita secara hakikatnya bukan milik kita. Ia adalah milik Allah s.w.t. Dan sepertimana Allah menetapkan cara pembahagiannya selepas kematian kita, Allah juga menetapkan hak dan tanggungjawab di sebalik setiap bahagian yang kita perolehi. 
  • Selain prinsip keadilan dalam faraid, Islam juga menekankan nilai rahmah dan ihsan dalam pengurusan harta.