Memelihara Nilai Persaudaraan Sesama Manusia

Nabi Muhammad s.a.w. meraikan perbezaan gaya hidup kaum Ansar dan Muhajirin. Hasilnya, baginda memeterai sebuah perjanjian yang dikenali sebagai Piagam Madinah.

Seorang Muslim yang mencintai Allah dan Rasulullah-Nya tidak sama sekali akan terdetik dalam hatinya untuk mengasari, memperlekeh, menzalimi atau menganiaya saudaranya.

Perbezaan latar belakang, identiti bangsa dan sebagainya sebenarnya adalah peluang untuk kita saling mengenal, belajar dan meraih manfaat.